Sinopsis Drama Setelah Terlafaznya Akad 2

Posted on

Sinopsis Drama Setelah Terlafaznya Akad 2. Drama yang mendapat carian terbanyak di google pada 2019 kini kembali untuk musim kedua. Drama yang menggandingkan Kamal Adli dan Uqasha Senrose merupakan drama disiarkan di Astro Ria. Drama Setelah Terlafaznya Akad adalah drama megisahkan tentang Hanan dan Nawal. Jom dibawah kita baca sinopsis drama setelah terlafaznya akad 2.

Drama Setelah Terlafaznya Akad 2 adalah drama yang terbaru Astro Ria yang menggantikan drama Jangan Menangis Cinta.

Musim pertama setelah terlafaznya akad ditayangkan pada 2019 dan drama ini berjaya memperolehi carian terbanyak di google.

Setelah Terlafaznya Akad 2 ini masih mengekalkan tunggak utama iaitu Kamal Adli dan Uqasha Senrose yang kini sudah menjadi suami isteri dan dibarisi pelakon baru.

SINOPSIS SETELAH TERLAFAZNYA AKAD 2~~

Drama ini menceritakan mengenai rumah tanggan Hanan (Kamal Adli) dan Nawal (Uqasha Senrose) yang menjalani rumah tangga selepas 3 tahun.
Mereka berdua hidup dengan bahagia dan ditambah dengan kehadiran anak tersayang yang merupakan puteri sulung mereka yang diberi nama Qadeeja. 
Kini berita gembira datang lagi apabila Nawal sedang mengandungkan anak kedua mereka namun badai datang menjelma di dalam keluarga mereka.
Pergaduhan antara Hanan dan Nawal telah membuatkan Hanan memilih untuk menyendiri dan tinggalkan Nawal.
Muncul Nawab bapa tiri Nawal membuatkan trauma Nawal menjelma kembali dan pada ketika itu tiada Hanan untuk membantu.
Kehadiran Ida telah menambah bara di dalam keluarga Hanan dan Nawal dan membuatkan Hanan membenci Nawal.
Sihir pemisah yang digunakan Ida kepada keluarga Hanan dan Nawal , perasaan dengki pada Nawal membuatkan Ida membuat jahat. 
Mampukah cinta Hanan dan Nawal bersatu kembali atau berakhir sudah perkahwinan mereka berdua.

BARISAN PELAKON SETELAH TERLAFAZNYA AKAD 2~~

Drama ini diterajui oleh Kamal Adli yang wataknya adalah Hanan manakala watak Nawal pula dilakonkan oleh Nawal.
Pelakon berbakat Talha Harith turut membintangi drama ini sebagai Zaki manakala watak jahat di dalam drama ini iaitu Ida dilakonkan oleh Musyi Mohtar.
Pelakon senior tanah air Normah Damanhuri membintangi drama ini sebagai Tok Ma , pelakon cantik Sharifah Shahora memegang watak sebagai Nafisah .
Hiera Hasan dan Seha Monica yang merupakan pelakon baru memegang watak Milah dan Haryati di dalam drama ini.

PROFIL DRAMA SETELAH TERLAFAZNYA AKAD 2~

Drama Setelah Terlafaznya Akad 2 ini mempunyai 20 episod keseluruhannya dan ditayangkan pada setiap hari Isnin sehingga Khami jam 10 malam.
Tarikh mula tayangan drama ini adalah 1 June 2022 manakala produksi drama adalah Juita Viden Sdn Bhd.
Drama ini ditayangkan di slot MegaDrama Astro Ria , pengarah drama ini adalah pengarah sensasi Michael Ang.
Penulis skrip drama Setelah Terlafaznya akad 2 adalah Rehal Nuharis, Bikash Nur Idris dan Atilia Azhar.
AKHIR KATA ~~

Drama ini baru sahaja ditayangkan so korang yang mana belum tengok masih sempat nak catch up.
Jangan lupa kasi trending tiap-tiap episod taw, yang mana nak komen mengenai drama ini boleh komen dibawah.
Teruskan menonton~~