Biodata Hwang In Youp , Pelakon Why Her 2022

Posted on

Biodata Hwang In Youp , Pelakon Why Her 2022. Drama Korea sejak dua menjak ini menjadi tumpuan ramai orang baik di Malaysia atau negara lain selain Korea. Beberapa nama baru yang mendapat perhatian dari peminat drama Korea dan nama mereka semakin menjadi sebutan di Korea seperti Song Kang , Kim Young Dae , Hwang In Youp dan banyak lagi. Hari ini Nuna nak kongsi dekat ampa biodata hwang in youp , pelakon why her 2022.

Hwang In Youp adalah pelakon baru yang namanya semakin dikenali setelah lakonan beliau di dalam drama True Beauty.

Drama True Beauty tidak hanya dikenali di Korea namun di luar negara , gandingan antara pelakon baru iaitu Cha Eun Woo dan Moon Ga Young serta Hwang In Youp tuai pujian penonton.

BIODATA HWANG IN YOUP PELAKON WHY HER (2022)~~

Nama sebenar beliau adalah Hwang In-youp turut ditulis seperti  Hwang In-yeop , lahir pada 19 January 1991 di Uijeongbu, South Korea.
Beliau sejak kecil sehingga belajar tinggal di Philippines , di sana beliau tinggal di Davao City, Philippines.
Hwang In Youp bersekolah di Philippine Nikkei Jin Kai International School dan selepas itu melanjutkan pelajaran dalam bidang Fashion Design di Philippine Women’s College of Davao.

PERMULAAN KARIER MODEL DAN LAKONAN HWANG IN YOUP ~~

Hwang In Youp masuk ke dalam dunia hiburan sebagai seorang model pada 2017, ada rumor mengatakan beliau pernah menjadi model dibawah syarikat besar YG KPlus.
Seorang yang berketinggian 185cm membolehkan beliau menjadi model runway . 2018 beliau menandatangani konrtrak bersam KeyEast Entertainment.
Kerjaya lakonan beliau serta kerjaya model beliau diuruskan oleh anak syarikat SM Entertainment itu.

DEBUT SEBAGAI PELAKON DAN MENDAPAT PERHATIAN DARI PEMINAT~~

Drama pertama yang dilakonkan Hwang In Youp adalah drama siri web Freshman yang ditayangkan pada 2019.
Selepas itu , beliau membintangi drama popular The Tale Of Nokdu sebagai pelakon pembantu dan drama ini dtayangkan di saluran KBS2.
Tahun 2020 merupakan tahun buat beliau apabila beliau semakin dikenali setelah membintangi drama 18 again.
Drama yang diadaptasi dari filem Amerika 17 Again , beliau membawa watak pembuli dan lakonan beliau di dalam drama ini mula dikenali.
Populariti beliau meningkat sehingga dikenali di luar negara Korea setelah beliau membintangi drama True Beauty.
True Beauty yang diadaptasi dari webtoon popular , beliau membawa watak Han Seo Jun dan lakonan beliau di dalam drama ini menuai pujian dari ramai orang.
Selepas itu beliau banyak menerima tawaran berlakon sebagai watak utama dan pembantu di dalam drama.
2021 beliau kembali dengan drama Netflix The Sound Of Magic yang popular pada tahun itu. 
Tahun ini 2022, beliau kembali sebagai watak utama bersama pelakon hebat Seo Hyun Jin di dalam drama Why Her.

MEDIA SOSIAL OFFICIAL DAN AKHIR KATA ~~

Buat peminat baru Hwang In Youp korang boleh tengok aktiviti terbaru sama ada lakonan mahupun model beliau di sini >>@hi_high_hiy
Sehingga kini beliau (June 2022) beliau sudah memiliki pengikut sebanyak 13.9 juta so korang pergi cepat follow beliau.
Untuk info korang, Hwang In Youp sudah pun menjalani latihan ketenteraan sebelum menjadi model so mesti ampa semua happy kan.
Teruskan support kerjaya lakonan dan model Hwnag In Youp pastinya selepas ini banyak lagi produk dari beliau..