J-Hope Member Pertama BTS Debut Sebagai Penyanyi Solo

Posted on

J-Hope Member Pertama BTS Debut Sebagai Penyanyi Solo. Peminat kpop satu dunia pastinya sangat mengenali salah seorang kumpulan kpop yang cukup popular iaitu BTS. BTS merupakan kumpulan kpop yang popular di seluruh dunia dan mempunyai pengikut yang ramai di dalam dunia ini. Seperti korang tahu baru -baru ini BTS ada umumkan yang mereka akan rehat aktiviti kumpulan mereka J-hope member pertama BTS debut sebagai penyanyi solo.

Pada 14 June yang lalu , kesemua ahli BTS mengumumkan yang mereka akan berehat dari aktiviti kumpulan dalam satu tempoh yang tidak akan diketahui.

Apabila diumumkan ini , ramai pasti yang ahli BTS akan bergerak solo buat masa tertentu ini bermula dari tarikh yang diumumkan.

BTS yang mempunyai 7 orang ahli , member pertama yang akan mengeluarkan solo pertama adalah J-hope.

Pada tengah malam 26 june , syarikat BTS mengeluarkan teaser J-Hope solo album yang bertajuk Jack In The Box.

Tidak hanya dengan itu , J-hope mengumumkan akan mengeluarkan pre-release lagu pada 1 Julai jam 1 petang . 

Pre -releease lagu yang bakal keluar pada 1 julai ini adalah bertajuk “More” , korang jangan lupa taw layan nanti bila keluar.

Dengan lagu solo Jhope maka bermula chapter baru dalam perjalanan karier BTS , seperti kita tahu selama 9 tahun BTS hanya menjalankan aktiviti kumpulan.

Ramai peminat tidak sabar untuk sama-sama mengharungi chapter baru ini , selepas ini akan lebih banyak aktiviti solo dari BTS.

BTS Jungkook juga telah mengumumkan pada siaran langsung Vlive beliau yang bahawa BTS tidak disband , mereka hanya tidak bergerak secara kumpulan buat seketika.

Untuk album J-hope pada 15 Julai korang boleh dengar kesemua lagu yang berada di dalam album Jack In The Box ini.

J-Hope juga akan menemui peminat di pentas apabila telah confirm yang beliau akan membuat persembahan di muzik festival popular US iaitu Lollapalooza pada 31 Julai ini.

Lagu tittle J-Hope ini dikatakan mewakili aspirasinya untuk memecahkan acuan dan berkembang lebih jauh.

Follow jhope untuk tahu aktiviti-aktiviti seni solo beliau dan untuk tahu mengenai lagu terbaru dari beliau.

Jangan lupa support album solo pertama dari J-Hope okay.