Biodata Nelissa Nizam Pelakon Tarik Aku Ke Syurga

Posted on

Biodata Nelissa Nizam Pelakon Tarik Aku Ke Syurga. Drama terbaru slot samarinda tv3 iaitu tarik aku ke syurga baru sahaja ditayangkan. Drama yang menampilkan pelakon lelaki popular zul arrifin dan pelakon cantik nelissa nizam. Sapa yang layan drama tarik aku ke syurga ini mesti tertanya-tanyakan siapa nelissa nizam ini , mari kita baca biodata nelissa nizam pelakon tarik aku ke syurga.

Drama Tarik Aku Ke Syurga adalah drama yang menggantikan drama kerana aku isteri bidaan yang dilakonkan oleh Hisyam Hamid dan pelakon baru Scha Elinnea.

Di dalam drama Tarik Aku Ke Syurga ini , watak yang dibawa Zul Ariffin adalah Zamri manakala Nelissa Nizam adalah Zara Adelia.

Sapa tengok drama ini mesti sukakan watak Zara Adelia ni yang suka senyum dan sangat baik dengan Zamri.

Sebelum korang baca mari kita kasi spoiler sikit mengenai nelissa nizam , beliau merupakan penyanyi kumpulan wanita malaysia, nak taw sapa? baca bawah.

BIODATA NELISSA NIZAM PELAKON TARIK AKU KE SYURGA~~

Nama sebenar beliau adalah Nelissa Edreena binti Nizam , menggunakan nama Nelissa Nizam sebagai nama stage dan lahir pada 4 january 1998.
Nelissa lahir di Kuala Lumpur , pada 2022 beliau berusia 24 tahun dan merupakan pemegang ijazah Ijazah Komunikasi Massa dari UITM Shah Alam .
Beliau mempunyai 4 orang adik beradik dan merupakan anak kedua , dibesarkan oleh ibunya sejak lahir.

PERMULAAN KARIER LAKONAN NELISSA NIZAM ~~

Nelissa Nizam merupakan salah seorang pelakon baru yang berbakat besar Malaysia, debut pada tahun 2016 dengan drama dia semanis honey.
Drama pertama beliau adalah drama hit Dia Semanis Honey lakonan Siti Nordiana dan Alif Satar, di dalam drama ini beliau memegang watak Dahlia.
Beliau menjadi pelakon bermula apabila ibunya yang merupakan pemilik agensi pelakon CF (Iklan komersial) meminta beliau untuk berlakon.
Selepas drama hit Dia Semanis Honey beliau membintangi drama hit Dendam Aurora yang ditayangkan pada 2017.
Sejak itu beliau banyak menerima tawaran berlakon dan antara drama beliau adalah Samudera Rindu, Duda Pujaan Dara , Isteri Bukan Untuk Disewa, Senafas Rindu, Jalan Sesat Ke Syurga,
Single Terlalu Lama , Aku Dia dan Pinky Promise dan banyak lagi.
Nama beliau juga semakin dikenali setelah membintangi drama popular Budak Tebing musim 2 , di dalam drama ini beliau membawa watak Maria.
Nelissa Nizam adalah merupakan salah seorang ahli kumpulan The Gadys yang merupakan penyanyi baru kumpulan wanita Malaysia.
The Gadys terdiri dari 4 orang gadis yang juga memulakan karier mereka sebagai pelakon terlebih dahulu sebelum menjadi penyanyi kumpulan wanita.

MEDIA SOSIAL OFFICIAL NELISSA NIZAM~~

Korang yang mana baru layan drama ini mesti nak tahu realiti kehidupan Zara Adelia kan so korang boleh follow media sosial beliau di >>@nelissanizam.
Setakat akhir june 2022 beliau memiliki pengikut sebanyak 219k dan mempunyai posting sebanyak seribu lebih di instagram.
Korang jangan lupa juga tengok official ig kumpula The Gadys di sini >> @thegadys untuk aktiviti nyanyian Nelissa Nizam dan kumpulan beliau.
Teruskan support kerjaya lakonan Nelissa Nizam dan juga kerjaya penyanyi nelissa nizam dalam kumpulan thegadys.
Semoga terus maju jaya~~