Biodata Park Eun Bin Pemeran Extraordinary Attorney Woo

Posted on

Biodata Park Eun Bin Pemeran Extraordinary Attorney Woo. Mana peminat mania drama Korea sila angkat tangan dan pm tepi , korang tengok dah ke drama Korea yang tengah popular sekarang ni. Drama Korea yang tengah popular dan hit sekarang ini adalah extraordinary attorney woo , drama yang ditayangkan di netflix. Jom ramai-ramai kita baca biodata park eun bin Pemeran extraordinary attorney woo.

 

 

Untuk yang belum tahu, drama extraodinary attorney woo ini merupakan drama yang mendapat rating tertinggi pada episod pertama ditayangkan.

Drama yang mengisahkan tentang seorang perempuan yang sangat bijak dan berpenyakit gangguan spektrum autisme yang dilakonkan oleh Park EunBin.

Ramai yang memuji jalan cerita drama ini dan lakonan Park Eun Bin yang sangat menjadi dan sampai karakter beliau pada penonton.

Jom kita kenali disebalik Pemeran hebat Park Eun Bin ini , tengok banyak drama -drama beliau yang hit dan mendapat rating tertinggi.

Biodata Park Eun Bin Pemeran Extraordinary Attorney Woo ~~

Nama sebenar beliau adalah sama dengan nama stage beliau iaitu Park Eun Bin , lahir pada 4 September 1992 di Jamsildong , Songpa District , Seoul.
Park Eun Bin adalah merupakan bekas pelajar Universiti Sogang dalam jurusan Psikologi dan Komunikasi Media.
Tahun 2022 ini merupakan tahun ke 24 debut Park Eun Bin di dalam industri lakonan Korea , beliau mulai berlakon sejak dari kecil.

PERMULAAN KARIER LAKONAN PARK EUN BIN~~

Kalau sapa yang tengok lakonan Park Eun Bin mesti korang respect gila kat dia sebab lakonan dia bawa semuanya menjadi.
Park Eun Bin boleh membawa pelbagai karakter, rasanya dia boleh bawa semua karakter ini adalah disebabkan dia berlakon dari kecik kot.
Umur 5 tahun , Park Eun Bin sudah mula berlakonan dalam pelbagai drama sebagai watak Pemeran cilik.
Drama pertama beliau adalah pada 1998 apabila beliau membawa watak cilik bernama Choi So Young .
Tahun 1999 dan 2000 beliau membintangi dua drama iaitu I Only Know Love dan The Thief Daughter.

WATAK UTAMA SETELAH MENJADI Pemeran CILIK ~~

Tahun 2012 merupakan tahun pertama beliau mendapat tawaran sebagai watak utama , drama pertama sebagai watak utama beliau adalah Operation Proposal.
Operation Proposal merupakan drama yang mengganding Park Eun Bin dengan Pemeran lelaki yang juga dulunya Pemeran kanak-kanak Yoo Seung Ho.

SEMAKIN DIKENALI SETELAH DRAMA INI ~~

Biarpun sudah memegang watak utama pada 2012 namun nama beliau tidak segah nama Pemeran lain yang debut pada tahun sama beliau.
2017 merupakan tahun kebangkitan buat Park Eun Bin apabila beliau menjadi sebutan peminat drama Korea dan luar negara.
Bermula apabila lakonan beliau di dalam drama Hello My Twenties menjadi viral , cerita sekumpulan pelajar perempuan yang tinggal di dalam satu rumah dan menghadapi pelbagai masalah.
Lakonan Park Eun Bin di dalam drama ini mendapat perhatian kerana watak gila-gila yang dibawa beliau menjadi.
Selepas drama itu , beliau dihujani dengan tawaran drama dari pelbagai produksi drama , drama pertama selepas nama beliau dikenali adlaah Judge vs Judge.
Drama Judge vs Judge ini juga membuatkan nama park eun bin dikenali , beliau menerima pujian kerana beliau berjaya membawa watak judge.
Beliau juga dikenali sebagai Pemeran yang berlakon banyak drama hit, 2020 beliau membintangi drama hot stove league , drama yang mencapai rating 20%.
Selepas itu, beliau berlakon di dalam drama Do You Like Brahms bersama Kim Min Jae, melalui drama ini Park Eun Bin dan Kim Min Jae dianugerahkan coupler terbaik di sbs drama awards.
2021 sekali lagi beliau membintangi drama hit The King Affection , drama ini membolehkan beliau mendapat anugerah Pemeran wanita terbaik di kbs drama awards.
Drama the king affection juga memperoleh rating yang tinggi , 2022 beliau kembali dengan dua drama yang sedang ditayangkan,
drama itu adalah the witch: part 2. the other one dan drama yang sedang hit extraordinary attorney woo.

MEDIA SOSIAL OFFICIAL PARK EUN BIN DAN AKHIR KATA~~

Korang mesti banyak yang baru nak minat Park Eun Bin kan selepas tengok drama ini so korang boleh follow instagram official beliau disini >>@eunbining0904
Follow lekas kasi beliau dapat 1 juta pengikut di instagram , dekat sini korang boleh tengok aktiviti lakonan park eun bin.
Kalau minat rajin-rajin la komen dekat instagram beliau , teruskan support kerjaya lakonan park eun bin.
Beliau merupakan salah seorang Pemeran wanita korea yang berbakat besar, boleh bawa apa sahaja watak.
Watak happy go lucky , watak sedih , watak slow, watak tak betul dan semualah , kalau korang nak tengok perubahan watak beliau boleh tonton drama beliau yang lepas.
Mula tengok Hello, My Twenties (Age Of Youth),  lepas tu Judge vs Judge , pastu Hot Stove League pastu Do You Like Brahms pastu The King Affection.
Semua drama-drama ini beliau bawa watak yang berlainan so korang tengok ok, selamat menonton ~~